spoon

Recent Recipes

CHOCOLATE CHIPS CUPCAKE

Comments (0) | Tuesday, November 2, 2010


BAHAN-BAHANNYA:-



  • 175g. buttercup
  • 115g. gula halus
  • 1 camca teh ovalette
  • 2 biji telur gred A
  • 135g. tepung naik sendiri
  • 30g. susu pekat manis
  • 1 camca teh essen vanilla
  • 100g. chocolate chips
CARA-CARA MEMBUATNYA:-

  • Satukan buttercup dan ovalette, pukul hingga sebati.
  • Masukkan gula dan putar hingga putih.
  • Masukkan telur sebiji demi sebiji.
  • Masukkan essen vanilla dan susu pekat manis.
  • Masukkan tepung dan chocolate chips. Sebatikan.
  • Masukkan  adunan hingga separuh acuan.
  • Bakar pada suhu 175 Celcius selama 20 hingga 25 minit.
  • Bila  sejuk , hiaskan dengan buttercream.


Read More......

AYAM MASAK MADU

Comments (0) |


BAHAN-BAHANNYA:

  • 500g. ayam
  • 3 camca besar cili merah
  • 6 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 camca besar sos cili
  • 3 camca besar madu
  • 2 biji cili merah
  • 1 biji bawang besar
  • 1 camca kecil serbuk lada hitam
CARA MEMBUATNYA:



  • Ayam digaul kunyit garam dan digoreng hingga masak.
  • Cili merah, bawang putih dan bawang merah dikisar halus.
  • Tumiskan bahan kisar  dan masukkan sos cili serta madu.
  • Masukkan sedikit air dan biar hingga masak .
  • Masukkan ayam, serbuk lada hitam, hirisan bawang besar dan hirisan cili.
  • Gaul rata dan biar hingga pekat.





Read More......

KEK MARBLE

Comments (0) | Monday, October 18, 2010



BAHAN- BAHANNYA:-

  • 240g. butter
  • 10g. ovalette
  • 240g, tepung naik sendiri
  • 60ml. susu segar
  • 1 camca teh esen vanilla
  • 20g. serbuk koko
  • 20ml. air suam
  • 4 biji telur gred A
  • 220g. gula halus

CARA-CARA MEMBUATNYA:-
  • Panaskan oven pada suhu 175C.
  • Putar butter dan ovalette hingga rata.
  • Masukkan gula halus dan putar hingga putih.
  • Masukkan  telur sebiji demi sebiji. Jarak masa untuk sebiji telur ialah 1 minit.
  • Perlahankan  speed, masukkan tepung  sedikit demi sedikit berselang seli dengan susu segar.
  • Masukkan essen vanilla. Sebatikan adunan.
  • Bahagikan adunan kepada dua bahagian.
  • Satu dibiarkan kosong dan satu lagi dimasukkan serbuk koko dan air suam. Gaul rata.
  • Sudukan adunan kosong berselang seli dengan adunan koko.
  • Buat begini hingga adunan habis.
  • Kemudian gunakan hujung pisau atau chopstick dan buat beberapa pusingan.
  • Bakar 50-60 minit atau hingga kek masak.






Read More......

NASI GORENG UDANG

Comments (0) | Sunday, October 10, 2010



BAHAN-BAHAN:-

  • 10 ekor udang segar
  • 1 mangkuk nasi putih
  • 3 ulas bawang putih
  • 5 ulas bawang merah
  • 10 cili padi (jika mahu pedas)
  • Sedikit sayur campur
  • Sos tiram
  • Kicap cair
  • Lada sulah
  • Serbuk kunyit
  • Sedikit garam
  • Sedikit minyak

CARA-CARANYA:-



  • Udang dibersihkan dan dilumur  sedikit garam dan kunyit.
  • Panaskan minyak dan goreng udang seketika.
  • Angkat dan toskan.
  • Tumbuk cili padi, bawang merah dan bawang putih.
  • Gunakan minyak goreng udang tadi, tumiskan bahan tumbuk hingga garing.
  • Masukkan sayur campur, sos tiram, kicap cair dan lada sulah. Kacau rata.
  • Masukkan nasi dan gaulkan sebati.
  • Kemudian masukkan udang.
  • Boleh  dihidangkan.









Read More......

CORNFLAKES MADU WARNA WARNI

Comments (0) | Friday, August 27, 2010


BAHAN-BAHAN:-



  • 250g. cornflakes
  • 125g. butter
  • 1/2 cawan gula perang
  • 5 sudu makan madu
  • Manik warna warni sebagai hiasan
CARA-CARANYA:-
  • Gula perang dan butter dimasak di atas api hingga gula larut.
  • Masukkan madu,  kemudian cornflakes.
  • Adun sehingga rata.
  • Masukkan dalam papercup dan taburkan manik warna warni.
  • Bakar selama 10-15 minit.


Read More......

BISKUT CORNFLAKES COCOCRUNCH

Comments (0) | Monday, August 23, 2010


BAHAN-BAHAN:



  • 2 cawan tepung jagung
  • 4 cawan tepung gandum
  • 2 cawan butter
  • 2 cawan gula halus
  • 250g. cornflakes- dikisar
  • 2 biji kuning telur
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • Cococrunch sebagai hiasan
CARA-CARANYA:

  • Butter dan gula dipukul seketika.
  • Masukkan kuning telur dan esen vanilla.
  • Kedua jenis tepung diayak.
  • Campurkan kedua jenis tepung dan cornflakes kisar ke dalam adunan butter.
  • Sebatikan.
  • Terapkan  dengan acuan  atau masukkan ke dalam papercup.
  • Hiaskan dengan cococrunch.
  • Bakar.


Read More......

KEK PISANG

Comments (0) |


BAHAN-BAHAN:



  • 150g. pisang emas
  • 180g. tepung naik sendiri
  • 180g. gula halus
  • 3 biji telur
  • 1 sudu teh ovalette
  • 120ml. minyak masak
  • secubit garam
CARA-CARA:
  • Pisang emas dilecek.
  • Campur  semua bahan dan di putar gunakan mixer sehingga putih.
  • Bakar 180 degree celcius selama 40-45 minit.


Read More......

CHOCOLATE CHIP COOKIES

Comments (0) |


BAHAN- BAHAN:



  • 1 cawan gula halus
  • 1/2 cawan gula perang
  • 1 cawan butter
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh baking soda
  • 1 cawan coklat cip
  • 1 biji telur

CARA-CARANYA:



  • Pukul butter dan gula seketika.
  • Masukkan telur.
  • Ayak tepung dan baking soda.
  • Masukkan ke dalam adunan tadi.
  • Masukkan coklat cip.
  • Sebatikan adunan.
  • Sudukan adunan ke dalam dulang. Jarakkan.
  • Bakar 170 degree celcius selama 15-20 minit.


Read More......

LALA TUMIS CILI

Comments (0) | Friday, August 13, 2010


BAHAN-BAHANNYA:-



  • 1kg. lala segar
  • 3 biji  cili merah
  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 batang serai
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak untuk menumis

CARA- CARANYA:-

  • Lala  dibersihkan dan rendam dengan air garam seketika.
  • Cabai, bawang merah, bawang putih, halia ditumbuk, serai diketuk.
  • Panaskan minyak dan tumis bahan yang ditumbuk, masukkan serai.
  • Apabila naik bau, masukkan lala yang telah dibersihkan tadi.
  • Masak seketika hingga lala terbuka.
  • Tutupkan api dan boleh dihidangkan.


Read More......

ROTI JALA DAN KUAH DURIAN

Comments (0) | Thursday, August 12, 2010


BAHAN- BAHAN ROTI  JALA:

  • 450g. tepung gandum
  • 2 camca besar butter (dicairkan)
  • 1 camca teh garam
  • 1/2 camca teh serbuk kunyit
  • 450ml. susu segar
  • 450ml. air
  • 3 biji telur
CARA-CARA:

  • Satukan kesemua bahan dan diblender.
  • Tapiskan  batter.
  • Lenserkan kuali dengan minyak  (gunakan daun pandan).
  • Cedukkan batter menggunakan acuan roti jala dan pusingkan di atas kuali.
  • Roti jala masak, apabila hujung hujungnya nampak lekang dari kuali.
  • Angkat dan bolehlah digulung atau dilipat .
KUAH DURIAN:

  • Asingkan  isi durian dari bijinya.
  • Masukkan gula dan santan sesedap rasa.
  • Kacau di atas api hingga santan masak.



Read More......

KEK LOBAK MERAH

Comments (0) | Wednesday, July 21, 2010


BAHAN-BAHAN:



  • 375g. tepung  berserbuk penaik (2 1/2 cawan)
  • 3g.  serbuk kulit kayu manis (1 1/4 sudu teh)
  • 1g. garam (1/4 sudu teh)
  • 135g. gula merah (3/4 cawan)
  • 180g. gula halus (1 cawan)
  • 4 biji telur
  • 100g. m inyak jagung (1 cawan)
  • 100g. mentega cair    (1 cawan)
  • 355g. lobak merah (diparut)
  • 30g. kacang walnut (dicincang)


TOPPING:
  • 180g. krim keju
  • 40g. mentega
  • 40g. gula icing
  • 1 sudu teh jus limau
  • Kesemua bahan ini dicampurkan dan  kisar hingga lembut.

CARA-CARA:



  • Panaskan oven pada 180 degree Celcius.
  • Tepung di ayak , masukkan ksemua bahan kecuali kacang walnut.
  • Gaulkan sebati dan dikisar sehingga adunan lembut.
  • Masukkan kacang walnut.
  • Gaul rata.
  • Bakar selama 45 minit hingga 1 jam atau sehingga kek masak.
  • Sejukkan.
  • Kemudian  letakkan  topping dan  masukkan dalam peti sejuk.






Read More......

NASI TOMATO

Comments (0) | Monday, July 19, 2010


BAHAN-BAHAN:



  • 1kg. beras siam (basuh dan toskan)
  • 1.4kg. air
  • 200g. minyak sapi
  • 150g. bawang kecil
  • 30g. bawang putih
  • 1 helai daun pandan
  • 10g. kulit kayu manis
  • 10 biji buah pelaga
  • 3 iji bunga lawang
  • 3 biji bunga cengkih
  • 1/2 cawan tomato puri
  • 1/2 cawan susu cair
  • 3 kiub ayam Knorr
  • 2 sudu besar kas kas
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa
  • Kismis, bawang goreng, kacang  peas sebagai hiasan

CARA-CARA:

  • Panaskan  minyak sapi dan goreng bawang sehingga layu.
  • Selepas itu, masukkan halia, bawang putih, daun pandan, kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga.
  • Kacau serata dan masukkan kas kas, kiub ayam Knorr, tomato puri dan susu cair.
  • Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  • Masukkan beras dan biarkan nasi masak.
  • Ketika hendak menghidang, letakkan bahan hiasan.




Read More......

UDANG MASAK LEMAK

Comments (0) |





BAHAN-BAHAN:



  • 1kg. udang
  • 5 biji buah tomato
  • Santan dari satu biji kelapa
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa
  • 1 helai daun kunyit
  • 10 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 5 biji cili merah atau boleh juga gunakan cili api
  • 1 inci kunyit hidup
  • Sedikit belacan
CARA-CARA:

  • Bawang merah, bawang  putih,  cili merah,  kunyit hidup dan belacan dikisar halus.
  • Masukkan udang dan bahan bahan kisar ke dalam periuk dan nyalakan api perlahan.
  • Biarkan seketika di atas api.
  • Kemudian masukkan santan , buah tomato yang dibelah  empat dan daun kunyit yang dikoyak koyakkan.
  • Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  • Biarkan sehingga mendidih.
  • Bolehlah dihidang.













Read More......

MEE REBUS TULANG

Comments (0) | Thursday, July 15, 2010



BAHAN-BAHAN:


UNTUK KUAH:

  • 1kg. tulang 
  • 1kg. ubi keledek
  • Segenggam cabai kering
  • 10 ulas  bawang merah
  • 1 inci halia
  • Seketul gula kabung yang kecil atau boleh gunakan gula merah
  • Garam secukup rasa


MEE DAN HIASAN:

  • 1 peket mee kuning
  • Taugeh
  • Tauhu
  • Cili merah
  • Cili hijau
  • Telur rebus
  • Daup bawang
  • Bawang goreng


CARA CARA:



  • Rebus ubi keledek, bawang merah, halia , cili kering  sehingga ubi lembut.
  • Sejukkan bahan bahan ini dan dikisar bersama.
  • Didalam air rebusan tadi, masukkan tulang lembu yang telah dibersihkan.
  • Kemudian masukkan bahan yang telah dikisar.
  • Tambahkan air.
  • Masukkkan gula kabung atau gula merah dan garam secukup rasa.
  • Biarkan sehingga kuah menjadi pekat dan tulang lembu empuk.
  • Kemudian bolehlah dihidang.

SUMBER RESEPI:
ARWAH WAN NAB, IPOH


Read More......

UDANG KANDAR

Comments (0) |


BAHAN-BAHANNYA:

  • 1kg udang besar
  • 2 cawan minyak masak
  • 50gram cili boh
  • 400gram bawang besar (dihiris)
  • 30gram bawang putih (dihiris)
  • 30gram halia (dihiris)
  • 2 tangkai daun kari
  • 4 biji cili hijau (dibelah dua)
  • 4 biji cili merah (dibelah dua)
  • 2 biji tomato
  • 10gram kulit kayu manis
  • 10 biji buah pelaga
  • 10 biji bunga cengkih
  • 10 biji bunga lawang
  • 20gram rempah ketumbar
  • 20gram jintan manis
  • 20gram jintan putih
  • 2 sudu besar kas kas
  • 1 sudu besar lada hitam
  • 1 sudu makan kunyit serbuk
  • 1 sudu makan kicap pekat
  • 3 sudu makan kicap lemak manis
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa
  • Bawang goreng dan daun ketumbar sebagai hiasan



CARA-CARANYA:

  • Bersihkan udang dan digoreng kosong seketika.
  • Panaskan minyak dan goreng bawang sehingga layu.
  • Masukkan halia, bawang putih, kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga, tomato, cili hijau, cili hijau dan daun kari.
  • Masukkan cili boh  bersama  rempah letumbar, jintan manis, jintan putih dan lada hitam.
  • Selepas itu, masukkan udang dan dikacau serata.
  • Masukkan kicap pekat dan  kicap lemak manis.
  • Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  • Biarkan  seketika hingga masak.
  • Semasa hendak menghidang,  taburkan bahan hiasan.

SUMBER :
COMMERCIAL CULINARY TRAINING






Read More......

CARAMELIZED BAKED CHICKEN

Comments (0) | Wednesday, July 14, 2010




BAHAN-BAHAN:

  • 1 ekor ayam
  • 30ml minyak zaitun
  • 120 ml kicap cair
  • 30ml sos tomato
  • 235ml madu
  • 5 ulas bawang putih....dicincang
  • Garam secukup rasa
  • Lada sulah secukup rasa

CARA-CARA:

  • Panaskan  oven ke 190 degrees C.
  • Gaulkan kesemua bahan bahan ke atas ayam dan diperapkan selama 2-3 jam.
  • Kemudian bolehlah dibakar selama lebih kurang satu jam  atau  hingga ayam masak.

SUMBER RESEPI:
allrecipes.com






Read More......

RENDANG AYAM

Comments (0) |





BAHAN-BAHAN:

  • I ekor ayam
  • 1 kilo santan
  • 20 ulas bawang merah
  • 1 inci halia
  • 1 inci kunyit hidup
  • 20 tangkai cili kering
  • Segenggam kelapa parut
  • 3 batang serai
  • 1 helai daun kunyit


CARA-CARANYA:

  • Bawang merah, halia, serai  dan daun kunyit dihiris nipis nipis.
  • Kisar cili kering, kunyit hidup dan kelapa parut bersama.
  • Didalam kuali, masukkan ayam, bahan hirisan dan bahan yang dikisar.
  • Biarkan di atas api yang perlahan seketika..dalam 5 minit.
  • Masukkan santan , garam dan gula secukup rasa.
  • Biarkan di atas api yang perlahan hingga ayam masak.

SUMBER RESEPI:
KAK  IDAH, IPOH




Read More......

DARK CHOCOLATE CAKE

Comments (1) | Wednesday, April 21, 2010


INGREDIENTS:
  • 2 cups boiling water
  • 1 cup cocoa powder
  • 2 3/4 cups all purpose flour
  • 2 teaspoonfuls baking soda
  • 1/2 teaspoon baking powder
  • 1/2 teaspoon salt
  • 1 cup butter
  • 2 1/4 cups white sugar
  • 4 large eggs
  • 1 1/2 teaspoons vanilla essense
DIRECTIONS:
  • Preheat oven to 350 degrees F (175 degrees C).
  • In medium bowl, pour boiling water over cocoa and whisk until smooth.
  • Let mixture cool.
  • Sift together flour, baking soda, baking powder, set aside.
  • In large bowl, cream butter and sugar  together until light and fluffy.
  • Beat in eggs one at time, then stir in vanilla.
  • Add the flour mixture alternately with the cocoa mixture.
  • Bake in preheated oven for 30-45 minutes.
SUMBER RESEPI:
allrecipes.com




Read More......

IKAN KUKUS ALA THAI

Comments (0) |



BAHAN BAHAN:



  • 1 ekor ikan..samada siakap, senangin, bawal atau terpulang kepada citarasa masing masing
  • Serai
  • Bawang besar
  • Bawang putih
  • Kiub ayam Knorr
  • Air limau nipis
  • Cili  padi (kalau suka pedas)
  • Sedikit tepung jagung
  • Air secukupnya
CARA CARA :

  • Campurkan air, stok ayam, halia, bawang putih, bawang merah dan air limau nipis ke dalam kuali.
  • Didihkan dengan api yang perlahan.
  • Bancuh tepung jagung dan masukkan ke dalam campuran bahan di atas.
  • Kemudian masukkan ikan yang telah dikelar.
  • Taburkan hirisan cili padi dan bawang besar.
  • Tutup kuali , biar sehingga ikan masak.
  • Boleh dihidangkan semasa panas.

SUMBER RESEPI:
Mesra.net Recipes


Read More......

Followers

My photo
Ipoh, Perak Darul Ridzuan, Malaysia
Powered by Blogger.