spoon

Recent Recipes

UDANG KANDAR

0

Category :


BAHAN-BAHANNYA:

  • 1kg udang besar
  • 2 cawan minyak masak
  • 50gram cili boh
  • 400gram bawang besar (dihiris)
  • 30gram bawang putih (dihiris)
  • 30gram halia (dihiris)
  • 2 tangkai daun kari
  • 4 biji cili hijau (dibelah dua)
  • 4 biji cili merah (dibelah dua)
  • 2 biji tomato
  • 10gram kulit kayu manis
  • 10 biji buah pelaga
  • 10 biji bunga cengkih
  • 10 biji bunga lawang
  • 20gram rempah ketumbar
  • 20gram jintan manis
  • 20gram jintan putih
  • 2 sudu besar kas kas
  • 1 sudu besar lada hitam
  • 1 sudu makan kunyit serbuk
  • 1 sudu makan kicap pekat
  • 3 sudu makan kicap lemak manis
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa
  • Bawang goreng dan daun ketumbar sebagai hiasan



CARA-CARANYA:

  • Bersihkan udang dan digoreng kosong seketika.
  • Panaskan minyak dan goreng bawang sehingga layu.
  • Masukkan halia, bawang putih, kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga, tomato, cili hijau, cili hijau dan daun kari.
  • Masukkan cili boh  bersama  rempah letumbar, jintan manis, jintan putih dan lada hitam.
  • Selepas itu, masukkan udang dan dikacau serata.
  • Masukkan kicap pekat dan  kicap lemak manis.
  • Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  • Biarkan  seketika hingga masak.
  • Semasa hendak menghidang,  taburkan bahan hiasan.

SUMBER :
COMMERCIAL CULINARY TRAINING





0 comments:

Post a Comment

Followers

My photo
Ipoh, Perak Darul Ridzuan, Malaysia
Powered by Blogger.