spoon

Recent Recipes

Showing posts with label NASI. Show all posts
Showing posts with label NASI. Show all posts

NASI GORENG UDANG

Comments (0) | Sunday, October 10, 2010



BAHAN-BAHAN:-

  • 10 ekor udang segar
  • 1 mangkuk nasi putih
  • 3 ulas bawang putih
  • 5 ulas bawang merah
  • 10 cili padi (jika mahu pedas)
  • Sedikit sayur campur
  • Sos tiram
  • Kicap cair
  • Lada sulah
  • Serbuk kunyit
  • Sedikit garam
  • Sedikit minyak

CARA-CARANYA:-



  • Udang dibersihkan dan dilumur  sedikit garam dan kunyit.
  • Panaskan minyak dan goreng udang seketika.
  • Angkat dan toskan.
  • Tumbuk cili padi, bawang merah dan bawang putih.
  • Gunakan minyak goreng udang tadi, tumiskan bahan tumbuk hingga garing.
  • Masukkan sayur campur, sos tiram, kicap cair dan lada sulah. Kacau rata.
  • Masukkan nasi dan gaulkan sebati.
  • Kemudian masukkan udang.
  • Boleh  dihidangkan.









Read More......

NASI TOMATO

Comments (0) | Monday, July 19, 2010


BAHAN-BAHAN:



  • 1kg. beras siam (basuh dan toskan)
  • 1.4kg. air
  • 200g. minyak sapi
  • 150g. bawang kecil
  • 30g. bawang putih
  • 1 helai daun pandan
  • 10g. kulit kayu manis
  • 10 biji buah pelaga
  • 3 iji bunga lawang
  • 3 biji bunga cengkih
  • 1/2 cawan tomato puri
  • 1/2 cawan susu cair
  • 3 kiub ayam Knorr
  • 2 sudu besar kas kas
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa
  • Kismis, bawang goreng, kacang  peas sebagai hiasan

CARA-CARA:

  • Panaskan  minyak sapi dan goreng bawang sehingga layu.
  • Selepas itu, masukkan halia, bawang putih, daun pandan, kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga.
  • Kacau serata dan masukkan kas kas, kiub ayam Knorr, tomato puri dan susu cair.
  • Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  • Masukkan beras dan biarkan nasi masak.
  • Ketika hendak menghidang, letakkan bahan hiasan.




Read More......

NASI BERIANI

Comments (2) | Wednesday, December 16, 2009


BAHAN BAHAN:

  • 1 kg. beras Basmathi (basuh dan toskan, seeloknya rendam selama satu jam)
  • 1.5kg. air stok daging atau 3 ketul kiub ayam Knorr
  • 200gm. minyak sapi
  • 150gm. bawang kecil dihiris
  • 30gm. bawang putih dihiris
  • 30gm. halia dihiris
  • 1 helai daun pandan
  • 2 tangkai daun ketumbar
  • 2 tangkai daun pudina
  • 10gm. kulit kayu manis
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 8 biji buah pelaga
  • 8 biji bunga cengkih
  • 20gm. rempah beriani
  • 1/2 cawan susu cair
  • 1 sudu kecil pewarna kuning atau 1/2 botol pewarna kuning Star Brand
  • 1 sudu kecil air ros
  • 1 sudu besar Sunquick
  • Garam secukup rasa
  • Kismis, bawang goreng dan biji gajus sebagai hiasan
CARA CARANYA:
  • Panaskan minyak sapi dan goreng bawang.
  • Sesudah layu, masukkan halia, bawang putih, daun ketumbar, kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga, daun pandan, daun pudina.
  • Kacau rata dan masukkan rempah beriani serta air stok daging.
  • Apabila mendidih, masukkan susu dan beras. Masukkan garam  secukup rasa.
  • Kacau sehingga hampir kering dan masukkkan air ros, pewarna kuning.
  • Cara masukkan pewarna kuning ialah dengan membuat garisan di atas permukaan nasi dengan menggunakan pewarna tersebut. Kemudian ditutup periuk.
  • Setelah nasi masak, barulah dikacau nasi.
  • Kemudian bolehlah ditabur hiasan.

SUMBER RESEPI:
COMMERCIAL CULINARY TRAINING


Read More......

Followers

My photo
Ipoh, Perak Darul Ridzuan, Malaysia
Powered by Blogger.