spoon

Recent Recipes

Showing posts with label SAYURAN DAN MAKANAN LAUT. Show all posts
Showing posts with label SAYURAN DAN MAKANAN LAUT. Show all posts

LALA TUMIS CILI

Comments (0) | Friday, August 13, 2010


BAHAN-BAHANNYA:-



  • 1kg. lala segar
  • 3 biji  cili merah
  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 batang serai
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak untuk menumis

CARA- CARANYA:-

  • Lala  dibersihkan dan rendam dengan air garam seketika.
  • Cabai, bawang merah, bawang putih, halia ditumbuk, serai diketuk.
  • Panaskan minyak dan tumis bahan yang ditumbuk, masukkan serai.
  • Apabila naik bau, masukkan lala yang telah dibersihkan tadi.
  • Masak seketika hingga lala terbuka.
  • Tutupkan api dan boleh dihidangkan.


Read More......

UDANG MASAK LEMAK

Comments (0) | Monday, July 19, 2010





BAHAN-BAHAN:



  • 1kg. udang
  • 5 biji buah tomato
  • Santan dari satu biji kelapa
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa
  • 1 helai daun kunyit
  • 10 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 5 biji cili merah atau boleh juga gunakan cili api
  • 1 inci kunyit hidup
  • Sedikit belacan
CARA-CARA:

  • Bawang merah, bawang  putih,  cili merah,  kunyit hidup dan belacan dikisar halus.
  • Masukkan udang dan bahan bahan kisar ke dalam periuk dan nyalakan api perlahan.
  • Biarkan seketika di atas api.
  • Kemudian masukkan santan , buah tomato yang dibelah  empat dan daun kunyit yang dikoyak koyakkan.
  • Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  • Biarkan sehingga mendidih.
  • Bolehlah dihidang.













Read More......

UDANG KANDAR

Comments (0) | Thursday, July 15, 2010


BAHAN-BAHANNYA:

  • 1kg udang besar
  • 2 cawan minyak masak
  • 50gram cili boh
  • 400gram bawang besar (dihiris)
  • 30gram bawang putih (dihiris)
  • 30gram halia (dihiris)
  • 2 tangkai daun kari
  • 4 biji cili hijau (dibelah dua)
  • 4 biji cili merah (dibelah dua)
  • 2 biji tomato
  • 10gram kulit kayu manis
  • 10 biji buah pelaga
  • 10 biji bunga cengkih
  • 10 biji bunga lawang
  • 20gram rempah ketumbar
  • 20gram jintan manis
  • 20gram jintan putih
  • 2 sudu besar kas kas
  • 1 sudu besar lada hitam
  • 1 sudu makan kunyit serbuk
  • 1 sudu makan kicap pekat
  • 3 sudu makan kicap lemak manis
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa
  • Bawang goreng dan daun ketumbar sebagai hiasan



CARA-CARANYA:

  • Bersihkan udang dan digoreng kosong seketika.
  • Panaskan minyak dan goreng bawang sehingga layu.
  • Masukkan halia, bawang putih, kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga, tomato, cili hijau, cili hijau dan daun kari.
  • Masukkan cili boh  bersama  rempah letumbar, jintan manis, jintan putih dan lada hitam.
  • Selepas itu, masukkan udang dan dikacau serata.
  • Masukkan kicap pekat dan  kicap lemak manis.
  • Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  • Biarkan  seketika hingga masak.
  • Semasa hendak menghidang,  taburkan bahan hiasan.

SUMBER :
COMMERCIAL CULINARY TRAINING






Read More......

DALCA DAGING

Comments (0) | Saturday, December 19, 2009




BAHAN BAHAN:

  • 600 gm. daging (dipotong dadu dan direbus)
  • 200gm.  kacang dal (direbus)
  • 2 cawan minyak masak
  • 50gm. cili boh
  • 400 bawang besar (dimesin)
  • 30gm. bawang putih (dimesin)
  • 30gm. halia (dimesin)
  • 2 tangkai daun kari
  • 4 biji cili hijau
  • 4 biji cili merah
  • 4 biji tomato
  • 10gm. kulit kayu manis
  • 10 biji buah pelaga
  • 10 biji bunga cengkih
  • 10 biji bunga lawang
  • 20gm. rempah ketumbar
  • 20gm. jintan manis 
  • 20gm. jintan putih
  • 1 sudu makan serbuk kunyit
  • 4 cawan santan cair
  • 1 cawan santan pekat
  • 1 cawan air asam jawa
  • 200gm. lobak merah (potong dadu)
  • 200gm. terung (potong 6)
  • 100gm. kacang panjang (potong 1 inci)
  • 300gm. kentang (potong dadu)
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Bawang goreng dan daun ketumbar sebagai hiasan
CARA MEMBUATNYA:
  • Panaskan minyak dan goreng bawang hingga layu.
  • Masukkan halia, bawang putih, kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga,
  • tomato, cili hijau, cili merah dan daun kari.
  • Masukkan cili boh. Kacau rata dan masukkan rempah ketumbar bersama jintan manis, jintan putih dan lada putih.
  • Masukkan daging.
  • Masukkan santan cair diikuti air asam jawa dan garam.
  • Masukkan lobak merah, kacang panjang, terung, kentang dan kacang dal.
  • Apabila mendidih. masukkan santan pekat. 
  • Biar sehingga masak.
  • Semasa hendak menghidang, masukkan bahan hiasan.

SUMBER RESEPI:
COMMERCIAL CULINARY TRAINING


Read More......

Followers

My photo
Ipoh, Perak Darul Ridzuan, Malaysia
Powered by Blogger.