spoon

Recent Recipes

KEK LOBAK MERAH

Comments (0) | Wednesday, July 21, 2010


BAHAN-BAHAN:



  • 375g. tepung  berserbuk penaik (2 1/2 cawan)
  • 3g.  serbuk kulit kayu manis (1 1/4 sudu teh)
  • 1g. garam (1/4 sudu teh)
  • 135g. gula merah (3/4 cawan)
  • 180g. gula halus (1 cawan)
  • 4 biji telur
  • 100g. m inyak jagung (1 cawan)
  • 100g. mentega cair    (1 cawan)
  • 355g. lobak merah (diparut)
  • 30g. kacang walnut (dicincang)


TOPPING:
  • 180g. krim keju
  • 40g. mentega
  • 40g. gula icing
  • 1 sudu teh jus limau
  • Kesemua bahan ini dicampurkan dan  kisar hingga lembut.

CARA-CARA:



  • Panaskan oven pada 180 degree Celcius.
  • Tepung di ayak , masukkan ksemua bahan kecuali kacang walnut.
  • Gaulkan sebati dan dikisar sehingga adunan lembut.
  • Masukkan kacang walnut.
  • Gaul rata.
  • Bakar selama 45 minit hingga 1 jam atau sehingga kek masak.
  • Sejukkan.
  • Kemudian  letakkan  topping dan  masukkan dalam peti sejuk.






Read More......

NASI TOMATO

Comments (0) | Monday, July 19, 2010


BAHAN-BAHAN:



  • 1kg. beras siam (basuh dan toskan)
  • 1.4kg. air
  • 200g. minyak sapi
  • 150g. bawang kecil
  • 30g. bawang putih
  • 1 helai daun pandan
  • 10g. kulit kayu manis
  • 10 biji buah pelaga
  • 3 iji bunga lawang
  • 3 biji bunga cengkih
  • 1/2 cawan tomato puri
  • 1/2 cawan susu cair
  • 3 kiub ayam Knorr
  • 2 sudu besar kas kas
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa
  • Kismis, bawang goreng, kacang  peas sebagai hiasan

CARA-CARA:

  • Panaskan  minyak sapi dan goreng bawang sehingga layu.
  • Selepas itu, masukkan halia, bawang putih, daun pandan, kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga.
  • Kacau serata dan masukkan kas kas, kiub ayam Knorr, tomato puri dan susu cair.
  • Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  • Masukkan beras dan biarkan nasi masak.
  • Ketika hendak menghidang, letakkan bahan hiasan.




Read More......

UDANG MASAK LEMAK

Comments (0) |





BAHAN-BAHAN:



  • 1kg. udang
  • 5 biji buah tomato
  • Santan dari satu biji kelapa
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa
  • 1 helai daun kunyit
  • 10 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 5 biji cili merah atau boleh juga gunakan cili api
  • 1 inci kunyit hidup
  • Sedikit belacan
CARA-CARA:

  • Bawang merah, bawang  putih,  cili merah,  kunyit hidup dan belacan dikisar halus.
  • Masukkan udang dan bahan bahan kisar ke dalam periuk dan nyalakan api perlahan.
  • Biarkan seketika di atas api.
  • Kemudian masukkan santan , buah tomato yang dibelah  empat dan daun kunyit yang dikoyak koyakkan.
  • Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  • Biarkan sehingga mendidih.
  • Bolehlah dihidang.













Read More......

MEE REBUS TULANG

Comments (0) | Thursday, July 15, 2010



BAHAN-BAHAN:


UNTUK KUAH:

  • 1kg. tulang 
  • 1kg. ubi keledek
  • Segenggam cabai kering
  • 10 ulas  bawang merah
  • 1 inci halia
  • Seketul gula kabung yang kecil atau boleh gunakan gula merah
  • Garam secukup rasa


MEE DAN HIASAN:

  • 1 peket mee kuning
  • Taugeh
  • Tauhu
  • Cili merah
  • Cili hijau
  • Telur rebus
  • Daup bawang
  • Bawang goreng


CARA CARA:



  • Rebus ubi keledek, bawang merah, halia , cili kering  sehingga ubi lembut.
  • Sejukkan bahan bahan ini dan dikisar bersama.
  • Didalam air rebusan tadi, masukkan tulang lembu yang telah dibersihkan.
  • Kemudian masukkan bahan yang telah dikisar.
  • Tambahkan air.
  • Masukkkan gula kabung atau gula merah dan garam secukup rasa.
  • Biarkan sehingga kuah menjadi pekat dan tulang lembu empuk.
  • Kemudian bolehlah dihidang.

SUMBER RESEPI:
ARWAH WAN NAB, IPOH


Read More......

UDANG KANDAR

Comments (0) |


BAHAN-BAHANNYA:

  • 1kg udang besar
  • 2 cawan minyak masak
  • 50gram cili boh
  • 400gram bawang besar (dihiris)
  • 30gram bawang putih (dihiris)
  • 30gram halia (dihiris)
  • 2 tangkai daun kari
  • 4 biji cili hijau (dibelah dua)
  • 4 biji cili merah (dibelah dua)
  • 2 biji tomato
  • 10gram kulit kayu manis
  • 10 biji buah pelaga
  • 10 biji bunga cengkih
  • 10 biji bunga lawang
  • 20gram rempah ketumbar
  • 20gram jintan manis
  • 20gram jintan putih
  • 2 sudu besar kas kas
  • 1 sudu besar lada hitam
  • 1 sudu makan kunyit serbuk
  • 1 sudu makan kicap pekat
  • 3 sudu makan kicap lemak manis
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa
  • Bawang goreng dan daun ketumbar sebagai hiasan



CARA-CARANYA:

  • Bersihkan udang dan digoreng kosong seketika.
  • Panaskan minyak dan goreng bawang sehingga layu.
  • Masukkan halia, bawang putih, kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga, tomato, cili hijau, cili hijau dan daun kari.
  • Masukkan cili boh  bersama  rempah letumbar, jintan manis, jintan putih dan lada hitam.
  • Selepas itu, masukkan udang dan dikacau serata.
  • Masukkan kicap pekat dan  kicap lemak manis.
  • Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  • Biarkan  seketika hingga masak.
  • Semasa hendak menghidang,  taburkan bahan hiasan.

SUMBER :
COMMERCIAL CULINARY TRAINING






Read More......

CARAMELIZED BAKED CHICKEN

Comments (0) | Wednesday, July 14, 2010




BAHAN-BAHAN:

  • 1 ekor ayam
  • 30ml minyak zaitun
  • 120 ml kicap cair
  • 30ml sos tomato
  • 235ml madu
  • 5 ulas bawang putih....dicincang
  • Garam secukup rasa
  • Lada sulah secukup rasa

CARA-CARA:

  • Panaskan  oven ke 190 degrees C.
  • Gaulkan kesemua bahan bahan ke atas ayam dan diperapkan selama 2-3 jam.
  • Kemudian bolehlah dibakar selama lebih kurang satu jam  atau  hingga ayam masak.

SUMBER RESEPI:
allrecipes.com






Read More......

RENDANG AYAM

Comments (0) |





BAHAN-BAHAN:

  • I ekor ayam
  • 1 kilo santan
  • 20 ulas bawang merah
  • 1 inci halia
  • 1 inci kunyit hidup
  • 20 tangkai cili kering
  • Segenggam kelapa parut
  • 3 batang serai
  • 1 helai daun kunyit


CARA-CARANYA:

  • Bawang merah, halia, serai  dan daun kunyit dihiris nipis nipis.
  • Kisar cili kering, kunyit hidup dan kelapa parut bersama.
  • Didalam kuali, masukkan ayam, bahan hirisan dan bahan yang dikisar.
  • Biarkan di atas api yang perlahan seketika..dalam 5 minit.
  • Masukkan santan , garam dan gula secukup rasa.
  • Biarkan di atas api yang perlahan hingga ayam masak.

SUMBER RESEPI:
KAK  IDAH, IPOH




Read More......

Followers

My photo
Ipoh, Perak Darul Ridzuan, Malaysia
Powered by Blogger.