spoon

Recent Recipes

KEK MARBLE

Comments (0) | Monday, October 18, 2010



BAHAN- BAHANNYA:-

  • 240g. butter
  • 10g. ovalette
  • 240g, tepung naik sendiri
  • 60ml. susu segar
  • 1 camca teh esen vanilla
  • 20g. serbuk koko
  • 20ml. air suam
  • 4 biji telur gred A
  • 220g. gula halus

CARA-CARA MEMBUATNYA:-
  • Panaskan oven pada suhu 175C.
  • Putar butter dan ovalette hingga rata.
  • Masukkan gula halus dan putar hingga putih.
  • Masukkan  telur sebiji demi sebiji. Jarak masa untuk sebiji telur ialah 1 minit.
  • Perlahankan  speed, masukkan tepung  sedikit demi sedikit berselang seli dengan susu segar.
  • Masukkan essen vanilla. Sebatikan adunan.
  • Bahagikan adunan kepada dua bahagian.
  • Satu dibiarkan kosong dan satu lagi dimasukkan serbuk koko dan air suam. Gaul rata.
  • Sudukan adunan kosong berselang seli dengan adunan koko.
  • Buat begini hingga adunan habis.
  • Kemudian gunakan hujung pisau atau chopstick dan buat beberapa pusingan.
  • Bakar 50-60 minit atau hingga kek masak.






Read More......

NASI GORENG UDANG

Comments (0) | Sunday, October 10, 2010



BAHAN-BAHAN:-

  • 10 ekor udang segar
  • 1 mangkuk nasi putih
  • 3 ulas bawang putih
  • 5 ulas bawang merah
  • 10 cili padi (jika mahu pedas)
  • Sedikit sayur campur
  • Sos tiram
  • Kicap cair
  • Lada sulah
  • Serbuk kunyit
  • Sedikit garam
  • Sedikit minyak

CARA-CARANYA:-



  • Udang dibersihkan dan dilumur  sedikit garam dan kunyit.
  • Panaskan minyak dan goreng udang seketika.
  • Angkat dan toskan.
  • Tumbuk cili padi, bawang merah dan bawang putih.
  • Gunakan minyak goreng udang tadi, tumiskan bahan tumbuk hingga garing.
  • Masukkan sayur campur, sos tiram, kicap cair dan lada sulah. Kacau rata.
  • Masukkan nasi dan gaulkan sebati.
  • Kemudian masukkan udang.
  • Boleh  dihidangkan.









Read More......

Followers

My photo
Ipoh, Perak Darul Ridzuan, Malaysia
Powered by Blogger.